Dunia

Ahad, 28 September 2008

Majlis Berbuka Puasa dan Monitor Baharu untuk PC

Semalam ke KB Mall kerana mengambil monitor aku yang rosak hari tu. Sudah seminggu kedai telefon tetapi tidak sempat ambil kerana malas hendak keluar puasa-puasa macam ni. Jalan raya dekat Kelantan mula sibuk dengan ketibaan perantau dari seluruh negara untuk pulang beraya di kampung. Aku dah tiga tahun tidak merasakan suasana balik kampung kerana sememangnya sudah tinggal kat kampung.
Dekat KB Mall semalam orang ramai berpusu-pusu membeli keperluan raya. Aku kalau bukan orang kedai telefon untuk ambil monitor malas rasanya nak ke sana. Tiga empat kalu aku pusing bangunan KB Mall baru aku dapat masuk parking.
Semalam kami berbuka puasa dekat rumah kakakku di Pasir Tumboh. Kelmarin pula rumah emak mertua menggadakan majlis berbuka puasa. Dapat kami adik-beradik berkumpul. Walaupun kami sudah selalu berjumpa kerana semua adik-beradik aku dan isteri semuanya tinggal di negeri Kelantan. Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan maaf zahir batin kepada semua pembaca blog kesayanganku ini. Sehingga aku menulis blog ini baju raya aku belum siap dijahit. Tukang jahit tak jumpa baju aku. Tetapi dia berjanji akan siapkan sebelum raya.

Tiada ulasan:

Waktu Solat

Anak Jate

Anak Jate
Najmi Hakim

my girl

my girl
najwa solehah

Kampung Halamanku Di Angkasa

Kampung Halamanku Di Angkasa
Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan

Ragam Kami