Dunia

Isnin, 22 September 2008

Mengkaji evolusi menerusi Melayu Kelantan


Mengkaji evolusi menerusi Melayu Kelantan

Oleh Mona Ahmad


BERKULIT sawo matang, berambut ikal, bermata kecil dan berahang kecil.Mungkinkah ini sebahagian daripada rupa asal orang Melayu diSemenanjung Malaysia? Adakah Melayu yang asli masih wujud di negaraini, siapakah mereka dan benarkah Melayu Kelantan adalah kumpulanMelayu pertama membuat penempatan di Semenanjung.

Pelbagai kajian mengenai asal usul Melayu di negara ini dilakukan ahlisejarah menerusi pelbagai bukti, termasuk penempatan serta bahanartifak dan kisah yang diperturunkan oleh nenek moyang.Bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada satu pun kajian genetikorang Melayu yang menetap di Semenanjung dibuat oleh mana-mana pihak.Sehubungan itu, 15 penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM)menerusi Pusat Genom Manusia universiti itu mengorak langkah melakukankajian genetik manusia terhadap orang Melayu di Semenanjung selamatiga tahun mulai tahun ini.

Kajian ini akan melihat evolusi orang Melayu Semenanjung menggunakanpembuktian orang Melayu yang mula membuat penempatan di Tanah Melayuialah Melayu Kelantan. Ia juga diharap dapat memberi manfaat kepadabidang perubatan berikutan pengumpulan profil genetik orang Melayu,termasuk mengaitkan profil genetik dengan tindak balas ubat dan kajianpenyakit yang sering dikaitkan dengan kaum itu.

Pengarah Pusat Genom Manusia USM, Dr Zilfalil Alwi, berkata pihaknyamemilih Melayu Kelantan sebagai asas kajian kerana yakin kumpulanMelayu di negeri itu masih ramai mengekalkan keturunan tanpa campurandengan kaum lain. Katanya, dengan menggunakan kriteria ditetapkanmisalnya bagi Melayu Kelantan, setiap responden perlu mempunyai ibubapa dan datuk nenek berasal dari negeri itu, tempat lahir diKelantan, keluarga menetap di Kelantan sejak dulu dan berterusansehingga kini, Islam dan menggunakan loghat Kelantan dalam komunikasiharian.

"Orang Kelantan lebih tegas dalam memastikan anak mereka memilihpasangan berasal dari negeri ini juga. Berikutan itu, kita yakinkumpulan Melayu di Kelantan masih tidak terdedah dengan perkahwinancampur yang boleh menjejaskan genetik asal mereka," katanya ketikaditemui di USM, Kubang Kerian, baru-baru ini.Dr Zilfalil berkata, dengan kajian menggunakan kaedah pengambilandarah dan calitan sel pipi, pihaknya akan memperluaskan kajian itukepada orang Melayu lain di Semenanjung seperti Melayu Johor, MelayuJawa dan Melayu Aceh.


Artikel oleh HUSM

Tiada ulasan:

Waktu Solat

Anak Jate

Anak Jate
Najmi Hakim

my girl

my girl
najwa solehah

Kampung Halamanku Di Angkasa

Kampung Halamanku Di Angkasa
Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan

Ragam Kami