
Sempena cuti Nuzul al-Quran dan aku baru balik dari Kuala Terengganu kami sekeluarga ke KB Mall. Pertama isteri nak beli selipar raya untuknya. Tetapi misinya gagal kerana tak ada yang berkenan. Entah kali keberapa dah misi ini dilancarkan tapi masih belum jumpa yang berkenan. Kami meninjau pula kedai telefon kerana isteriku ini dah lama mengomel pasal telefonnya jenis lama tak boleh nak masukkan lagu raya. Dalam tinjau-tinjau kami pun beli telefon Nokia X-pres Muzik. Sukalah tu.... Selipar kita beli kat pasar minggu Selising hari Sabtu ini. Berkenaan rumah kami pembinaannya nampak tidak sepantas awal-awal dulu. Sebeb mereka puasa kot. Kerja tak boleh laju-laju nanti nak minum ayer... Gurau aje. Apapun kami berpuas hati dengan kerja korang setakat ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan