Dunia

Selasa, 20 Oktober 2009

Berita Bgambar

Hari Raya Aidil Fitri. Sambutan sederhana. Abah
dan Mama cbuk nak urus rumah baru. Mungkin tahun depan
lebih meriah ckit kot. Gambar pun x banyak yg diambil.
Sambutan Hari Lahir Abe Mie. Kami berempat
aje yang sambut.


Isnin, 28 September 2009

Mendiami Rumah Baharu

Hari Khamis malam Jumaat lepas majlis solat hajat telah selamat diadakan di rumah baharu kami. Dengan ini rasmilah kami mendiami rumah idaman kami walaupun kerja-kerja akhir masih belum selesai. Diharap Rumahku Syurgaku menjadi kenyataan.

Rabu, 16 September 2009

Salam Hari Raya



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
DARIPADA KAMI SEKELUARGA MAAF ZAHIR BATIN




Rabu, 26 Ogos 2009

Salam Ramadan

Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat.

Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga.

Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan.

Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya.

Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."

[HR Ibnu Khuzaimah]


Isnin, 27 Julai 2009

Khidmat Masyarakat

Khidmat Masyarakat
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
SMK Manek Urai 2009







Aktiviti:
Tingkatan 1: Pameran
Tingkatan 2: Gotong Royong Membersihkan Masjid
Tingkatan 3: Jualan Makanan Tradisional

Jumaat, 24 Julai 2009

Majlis Hari Lahir Najwa Solehah Mohd Amin

Acara potong kek

Abe Mie dan Kak Chah.
Abe Sam dan Kak Na tak datang...
Sekarang Wawa
Empat Tahun

Ini kek Hari Lahir Wawa.
Kepada Abe Apif dan Kak Chah
terima kasih kerana bagi hadiah.


Selasa, 21 Julai 2009

Rangkuman Cerita

Agak lama blog ni tak mendapat sentuhan tuannya. Sekali sekala dtg mjenguk tanpa mengubah apa-apa isi kandungannya. Mungkin tuan dah mula bosan dengan blognya ini atau semakin sibuk. Rasanya kedua-duanya bukan.

Cerita hari jadi anak perempuan pun tidak dimasukkan ke dalam blog.

Dearah tempat aku mengajar Manek Urai tiba-tiba menjadi popular kerana pilihanraya kecilnya. Kami guru-guru pun agak sibuk kerana setengah program ada melibatkan kami. Paling teruk Manek Urai yang sunyi sepi menjadi riuh rendah dan jalan-jalannya menjadi sesak kerana bilangan kenderaan btambah. Nak ke sekolah pun susah.

Rumah kami hampir nak siap. Insya Allah bulan Ogos ni kami nak duduk. Sekarang ni kerja2 tengah pasang mozek sedang dijalankan.

Sekarang musim buah-buahan. Hari2 makan buah kecuali ore tino aku yang tak berapa suka make buah.
Okey Berhenti di sini dulu.......

Khamis, 11 Jun 2009

Jeram Mak Nenek

Zaman sekolah dulu rakan-rakan ada ajak aku berkelah di Jeram Mak Nenek yang terletak 2 km dari rumah aku. Tetapi aku tidak jadi untuk menyertai mereka walaupun pada mulanya aku bersetuju. Pada masa itu, kawasan itu masih lagi bersemak dan belum dikenali kecuali oleh penduduk tempatan. Jeram Mak Nenek ditengalami oleh kepopulariti Jeram Pasu dan Jeram Linang yang juga terletak di dearah Pasir Puteh.

Tetapi sekarang nama Jeram Mak Nenek semakin mendapat tempat bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan tetapi oleh orang dari luar. Banyak rombongan datang berkelah di sini. Jeram Mak Nenek mula mendapat perhatian apabila wakil rakyat Selising yang juga merupakan penduduk tempatan dan sebuah syarikat swasta memajukan kawasan tersebut dengan menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pondok, surau, tandas dan tong sampah untuk kemudahan pengunjung. Jeram Mak Nenek juga menyediakan beberapa buah chalet dan dewan sebagai kem untuk disewakan. Sesuai untuk pihak tertentu menjalankan aktiviti perkhemahan. Jeram Mak Nenek juga mendapat nama baru iaitu Kem Jeram Mengaji.

Pada hari Selasa lepas aku dan keluarga telah berkunjung ke sana. Memang suasana jeram ini banyak berubah. Tetapi kami agak kecewa dengan suasana kotor dan menjijik di sekitar jeram ini. Kami boleh melihat plastik pembalut makanan dan bekas air minuman terdapat di merata tempat. Malah kami juga dapat melihat sisa makanan yang telah basi dan lampir pakai buang dibuang ke dalam sungai sesuka hati. Kami juga mendapat air buangan dari kem yang terletak di bahagian atas bukit di alir ke dalam kolam takungan utama yang menjadi tempat pengunjung mandi. Gerai makanan yang mungkin dibina dengan tidak tersusun juga beroperasi terlalu dekat dengan kolam takungan, juga dikhuatiri membuang sisa mereka ke dalam sungai.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan Kem Jeram Mengaji akan kehilangan pengunjung pada masa depan. Menurut seorang pengunjung jeram ini pihak majlis daerah ada datang mengambil sampah dua minggu sekali. Namun ini belum mencukupi, pihak majlis daerah perlu lebih kerap membuat kutipan sampah di jeram ini. Manakala pihak pengurusan jeram juga perlu menyediakan lebih banyak tong sampah. Paling penting sikap orang ramai yang berkunjung ke jeram ini perlu lebih berdisplin dalam soal menjaga kebersihan di tempat awam seperti ini. Sudahlah orang luar selalu berkata orang Kelantan ini pengotor. Ubah sikap ini. Islam amat mementingkan kebersihan.

Rabu, 27 Mei 2009

Puan Armawati bt Mohd Zin

Puan Armawati bt Mohd Zin

Isteri setia
Sahabat Sejati
Demo segalanya....

Abe ucapkan:

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Ibu
Selamat Hari Guru



Rabu, 13 Mei 2009

SELAMAT HARI GURU


Selamat Hari Guru untuk semua guru di seluruh Malaysia terutama yang ada dalam gambar ni. Kepada yang tiada i am sorry... Gambar tak ada...

Guru Oh Guru

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Rabu, 6 Mei 2009

Selamat Hari Ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku......mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak

Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu.....aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya......
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Waktu Solat

Anak Jate

Anak Jate
Najmi Hakim

my girl

my girl
najwa solehah

Kampung Halamanku Di Angkasa

Kampung Halamanku Di Angkasa
Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan

Ragam Kami