Dunia

Khamis, 11 Jun 2009

Jeram Mak Nenek

Zaman sekolah dulu rakan-rakan ada ajak aku berkelah di Jeram Mak Nenek yang terletak 2 km dari rumah aku. Tetapi aku tidak jadi untuk menyertai mereka walaupun pada mulanya aku bersetuju. Pada masa itu, kawasan itu masih lagi bersemak dan belum dikenali kecuali oleh penduduk tempatan. Jeram Mak Nenek ditengalami oleh kepopulariti Jeram Pasu dan Jeram Linang yang juga terletak di dearah Pasir Puteh.

Tetapi sekarang nama Jeram Mak Nenek semakin mendapat tempat bukan sahaja dikalangan penduduk tempatan tetapi oleh orang dari luar. Banyak rombongan datang berkelah di sini. Jeram Mak Nenek mula mendapat perhatian apabila wakil rakyat Selising yang juga merupakan penduduk tempatan dan sebuah syarikat swasta memajukan kawasan tersebut dengan menyediakan beberapa kemudahan asas seperti pondok, surau, tandas dan tong sampah untuk kemudahan pengunjung. Jeram Mak Nenek juga menyediakan beberapa buah chalet dan dewan sebagai kem untuk disewakan. Sesuai untuk pihak tertentu menjalankan aktiviti perkhemahan. Jeram Mak Nenek juga mendapat nama baru iaitu Kem Jeram Mengaji.

Pada hari Selasa lepas aku dan keluarga telah berkunjung ke sana. Memang suasana jeram ini banyak berubah. Tetapi kami agak kecewa dengan suasana kotor dan menjijik di sekitar jeram ini. Kami boleh melihat plastik pembalut makanan dan bekas air minuman terdapat di merata tempat. Malah kami juga dapat melihat sisa makanan yang telah basi dan lampir pakai buang dibuang ke dalam sungai sesuka hati. Kami juga mendapat air buangan dari kem yang terletak di bahagian atas bukit di alir ke dalam kolam takungan utama yang menjadi tempat pengunjung mandi. Gerai makanan yang mungkin dibina dengan tidak tersusun juga beroperasi terlalu dekat dengan kolam takungan, juga dikhuatiri membuang sisa mereka ke dalam sungai.

Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan Kem Jeram Mengaji akan kehilangan pengunjung pada masa depan. Menurut seorang pengunjung jeram ini pihak majlis daerah ada datang mengambil sampah dua minggu sekali. Namun ini belum mencukupi, pihak majlis daerah perlu lebih kerap membuat kutipan sampah di jeram ini. Manakala pihak pengurusan jeram juga perlu menyediakan lebih banyak tong sampah. Paling penting sikap orang ramai yang berkunjung ke jeram ini perlu lebih berdisplin dalam soal menjaga kebersihan di tempat awam seperti ini. Sudahlah orang luar selalu berkata orang Kelantan ini pengotor. Ubah sikap ini. Islam amat mementingkan kebersihan.

Tiada ulasan:

Waktu Solat

Anak Jate

Anak Jate
Najmi Hakim

my girl

my girl
najwa solehah

Kampung Halamanku Di Angkasa

Kampung Halamanku Di Angkasa
Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan

Ragam Kami