Dunia

Ahad, 22 Mac 2009

Sesi Baharu Persekolahan Bermula

Setelah sembilan hari bercuti. Hari ini sesi baharu persekolahan bermula. Seperti biasa kami melalui rutin harian seperti sedia kala. Semasa cuti hari itu, Najmi dan Wawa dibenarkan tidur lewat dan bangkit pun lewat. Tetapi hari tidak lagi mereka dipaksa tidur lebih awal takut susah bangun pagi.

Kami bertolak dari Selising ke Kuala Krai pada pukul 6 petang semalam. Tetapi kami menempuh satu perjalanan yang agak lama, hampir dua jam. Berlaku kesesakan yang agak teruk selepas simpang Bukit Bakar. Ingatkan perantau yang berpusu-pusu pulang bercuti balik semula ke Lembah Kelang, rupa-rupanya ada kemalangan di hadapan SMK Seri Intan. Bila sampai di tempat kemalangan didapati sebuah kereta Iswara mengalami kerosakan yang teruk, lawannya sudah tidak kelihatan.

Bercakap soal kemalangan ini. Aku agak geram juga dengan pemandu-pemundu kita. Pada hemat aku memang tidak berdisplin dan mementingkan diri sendiri. Hai... orang pun hendak cepat sampai ke rumah juga bukan awak sahaja.

Antara sikap yang tidak bersivik pemandu kita:
  1. Suka memotong kenderaan lain yang berada di hadapan. Terutama di persimpangan lampu isyarat. Masa sekolah dahulu cikgu tak ajar cara beratur ke?
  2. Suka masuk ke jalan raya sesuka hati tanpa lampu isyarat atau masuk setelah kenderaan lain lepas dulu. Macam manalah JPJ bagi orang seperti ini lesen?
  3. Buat pusingan U sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan orang lain.
  4. Memandu kereta sambil makan angin. Kereta dah beratur panjang mengikut kereta awak yang dipandu 30km/j di kawasan 90km/j.

Tiada ulasan:

Waktu Solat

Anak Jate

Anak Jate
Najmi Hakim

my girl

my girl
najwa solehah

Kampung Halamanku Di Angkasa

Kampung Halamanku Di Angkasa
Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan

Ragam Kami