Dunia

Sabtu, 11 April 2009

Stadium Nasional Bukit Jalil di Tawan

Terdengar jeritan jiran sebelah rumah agak mengejutkan kami sekeluarga malam ini. Rupa-rupa jeritan berpunca daripada aksi memberangsangkan pasukan Kelantan menentang Selangor yang disiarkan secara langsung menerusi TV1. Apa lagi kawe pun tukar ke saluran TV1 tetapi mendapat bantahan daripada rakyat jelata yang lain. Mereka nak tengok Astro Ria, apa lagi AF le tu. Tetapi 15 minit kemudian semuanya sudah tidur. Kawe pun tukar ke TV1 semula.

Apa yang menarik di sini ialah Stadium Nasional kebanggaan Malaysia itu ditawan oleh ribuan penyokong Kelantan. Jarang kelihatan penyokong Selangor. Sama dengan Kota Bharu letupan mercun tetap kedengaran di sini. Walaupun terpaksa menjadi tuan rumah di tempat orang dengan segala dugaan dan cabaran namun Kelantan masih mampu mencatat keputusan seri dengan dengan Selangor.

Malah dua berita gembira untuk pasukan Kelantan ialah perlawanan semula dengan KL Plus akan diadakan semula. Walaupun sebelum ini KL Plus diberi kemenangan percuma. Satu lagi berita gembira, pemain terbaik perlawanan diberikan kepada Indra Putra.

Gomo Kelate Gomo

Tetapi kemana pergi kelate.net disaat Kelantan sedang luka parah ni? Takkan nak bersama semasa senang je kot masa susah hilangkan diri. Muncul balik kelate.net

Tiada ulasan:

Waktu Solat

Anak Jate

Anak Jate
Najmi Hakim

my girl

my girl
najwa solehah

Kampung Halamanku Di Angkasa

Kampung Halamanku Di Angkasa
Kampung Permatang Gading, Pasir Puteh, Kelantan

Ragam Kami