Walaupun pelbagai media sibuk melarang orang ramai daripada bermain air banjir, tetapi budaya bermain air banjir sudah biasa bagi orang Kelantan. Mungkin mereka setiap tahun terdedah dengan kejadian banjir dan keseronokkan bermain air setahun sekali hanya dapat dirasai oleh mereka yang menyertainya sahaja.
Begitu juga dengan anak aku yang begitu teruja untuk turun bermain air apabila halaman rumah mertua dinaiki air. Mereka dan sepupu mereka berkali-kali meminta keizinan untuk bermain air. Akhirnya aku dan isteri mengalah juga dengan permintaan mereka. Dengan kawalan ketat aku mereka berpesta banjir sepuas-puas. Pengalaman pertama mereka bermain banjir, tetapi di halaman rumah sahaja yang airnya diparas betis aku. Najwa sehingga terketar-ketar kesejukkan. Biarkan mereka juga merasai pengalaman bermain air. Tetapi tetap berhati-hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan