Ekoran daripada keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kerana hujan lebat dan banjir yang melanda projek rumah kami tertunda selama dua minggu. Selepas hujan agak reda tukang-tukang yang membina rumah kami pula bercuti hari raya korban nak tangkap lembu kot.
Bimbang juga kami dengan keadaan ini, takut juga jika dibiarkan rumah terdedah kepada hujan lama-lama nanti kayunya boleh meremput. Kalau sudah naik bumbung baru ok sikit. Terlindung juga kayu-kayu itu daripada suasana cuaca Malaysia yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Hendak desak demo-demo tu pun tidak boleh juga. Bukan salah mereka kerana cuaca yang tidak mengizinkan dan takkan mereka nak kerja pada hari raya. Hari ini cuaca agak baik walaupun awan dilangit tidak selalunya cerah.
Harap-harap lepas ini kerja berjalan lancar. Sudah tidak sabar hendak merasa berpindah ke rumah baharu kami. Tahniah kepada Cikgu Denan dan Cikgu Tini kerana sudah berpindah ke mahligai impian mereka. Bila nak sembelih lembu?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan